29 October 2010

Program Kunjung Bantu APSC 2010


Program Kunjung Bantu telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Segamat bermula dari tarikh 19 Oktober yang lalu. Antara lain program tersebut diadakan bertujuan untuk mengemaskini lagi keperluan dan kemudahan yang wujud di Pusat Sumber SK Paya Besar.

MARI BERSUKAN.......

Bersukan dapat menyihatkan badan di samping mencerdaskan akal fikiran.....
Minda yang cerdas datangnya dari badan yang sihat.......So let's exercise!!!!!

Gotong -Royong SKPB

Amalan bergotong - royong menjadi satu amalan yang wajib dicontohi.Ini juga telah menjadi tradisi bagi warga SKPB dalam melaksanakan segala aktiviti di sekolah.Selain dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain ,ianya juga dapat memupuk sikap tidak mementingkan diri dalam kehidupan harian..Bukan sahaja dikalangan guru , namun gotong -royong ini telah melibatkan penduduk kampung Paya Besar....Syabas warga SKPB.Apa yang baik perlu dicontohi ,yang tidak elok harus dihindari......

Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru diperingkat sekolah di sambut meriah sekali.........Berbagai-bagai aktiviti telah di adakan.Antaranya ialah sukaneka guru bersama pelajar,acara bertukar-tukar hadiah antara guru dan bermacam-macam lagi.

Jasamu Guru dibawa mati.........
Terima Kasih Cikgu!!!!!!

Selamat Hari Guru!

28 October 2010

Guru Perpustakaan Media






Pn. Suhaila Mohamed Salleh merupakan Guru Perpustakaan Media Sk Paya Besar, Segamat sejak 2008 hingga kini.

Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Johor

SK Paya Besar telah terpilih sebagai calon untuk Pertandingan Anugerah Pusat Cemerlang Kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Pertandingan ini dijalankan di Peringkat Negeri Johor. Bermula pada 2 November 2010, pihak hakim akan membuat tinjauan dan lawatan untuk menilai sekolah-sekolah yang dicalonkan. Pusat Sumber Sekolah SK Paya Besar amat mengalu-alukan di atas kedatangan para Hakim. Semoga kejayaan SK Paya Besar menjadi kenyataan. Insya Allah.

26 October 2010

Sistem Pengurusan Pembelajaran


Pengenalan

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS). Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), KPM ialah penyelaras projek rintis tersebut di tiga (3) buah sekolah, iaitu:

bullet SMK Aminuddin Baki

bullet SMK Seri Titiwangsa

bullet SK Putrajaya Presint 9 (1)

Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan. Sekali lagi, pihak BTP telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan projek ini.

25 October 2010

Guru Afghanistan Berkursus di Malaysia

GANJARAN UNTUK GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberikan wang ganjaran kepada semua pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.

Wang ganjaran sehingga RM 7,500 itu akan dibayar kepada setiap seorang yang berjaya melonjakkan prestasi mulai tahun depan manakala penilaiannya akan dilaksanakan pada tahun ini.

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa melancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, Gambang pada 16 Mei 2010 dijangka bukan sahaja boleh menjadikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang berprestasi tinggi malah menjadikan sektor pendidikan di Malaysia setaraf dengan negara maju.